Surah Ar-Rahmaan - سورة الرحمن

Dengar Surah Ar-Rahmaan

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

(Ar-Rahmaan 55:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A002

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

(Ar-Rahmaan 55:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

(Ar-Rahmaan 55:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A004

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

(Ar-Rahmaan 55:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A005

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

(Ar-Rahmaan 55:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A006

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

(Ar-Rahmaan 55:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A007

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

(Ar-Rahmaan 55:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A008

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

(Ar-Rahmaan 55:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A009

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

(Ar-Rahmaan 55:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A010

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

(Ar-Rahmaan 55:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A011

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

(Ar-Rahmaan 55:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A012

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

(Ar-Rahmaan 55:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

(Ar-Rahmaan 55:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A014

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

(Ar-Rahmaan 55:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A015

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

(Ar-Rahmaan 55:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A016

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A017

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

(Ar-Rahmaan 55:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A018

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A019

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

(Ar-Rahmaan 55:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A020

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

(Ar-Rahmaan 55:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A021

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A022

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

(Ar-Rahmaan 55:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A023

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A024

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

(Ar-Rahmaan 55:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A025

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A026

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

(Ar-Rahmaan 55:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A027

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

(Ar-Rahmaan 55:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A028

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A029

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

(Ar-Rahmaan 55:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A030

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

(Ar-Rahmaan 55:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A031

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

(Ar-Rahmaan 55:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A032

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A033

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

(Ar-Rahmaan 55:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A034

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A035

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

(Ar-Rahmaan 55:35) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A036

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A037

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

(Ar-Rahmaan 55:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A038

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A039

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

(Ar-Rahmaan 55:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A040

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A041

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

(Ar-Rahmaan 55:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A042

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:42) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A043

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

(Ar-Rahmaan 55:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A044

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

(Ar-Rahmaan 55:44) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A045

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A046

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

(Ar-Rahmaan 55:46) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A047

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:47) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A048

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

(Ar-Rahmaan 55:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A049

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A050

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

(Ar-Rahmaan 55:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A051

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

(Ar-Rahmaan 55:51) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A052

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

(Ar-Rahmaan 55:52) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A053

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A054

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

(Ar-Rahmaan 55:54) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A055

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:55) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A056

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

(Ar-Rahmaan 55:56) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A057

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:57) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A058

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

(Ar-Rahmaan 55:58) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A059

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:59) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A060

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

(Ar-Rahmaan 55:60) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A061

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:61) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A062

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

(Ar-Rahmaan 55:62) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A063

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:63) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A064

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

(Ar-Rahmaan 55:64) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A065

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:65) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A066

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

(Ar-Rahmaan 55:66) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A067

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:67) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A068

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

(Ar-Rahmaan 55:68) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A069

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:69) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A070

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

(Ar-Rahmaan 55:70) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A071

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:71) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A072

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

(Ar-Rahmaan 55:72) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A073

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:73) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A074

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

(Ar-Rahmaan 55:74) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A075

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:75) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A076

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

(Ar-Rahmaan 55:76) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A077

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:77) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A078

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

(Ar-Rahmaan 55:78) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark