
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
(Al-Balad 90:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
(Al-Balad 90:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDemi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
(Al-Balad 90:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
(Al-Balad 90:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkPatutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
(Al-Balad 90:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkManusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
(Al-Balad 90:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkAdakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
(Al-Balad 90:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
(Al-Balad 90:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
(Al-Balad 90:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
(Al-Balad 90:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
(Al-Balad 90:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
(Al-Balad 90:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
(Al-Balad 90:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkAtau memberi makan pada hari kelaparan -
(Al-Balad 90:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkKepada anak yatim dari kaum kerabat,
(Al-Balad 90:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkAtau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
(Al-Balad 90:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSelain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
(Al-Balad 90:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
(Al-Balad 90:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
(Al-Balad 90:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkMereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
(Al-Balad 90:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark